Sunday, February 20, 2011

Kelab Guru Lelaki

Selamat membuka lembaran Blog Kelab Guru Lelaki Srai Bandar Bangi.Ruangan cetusan idea dan info ini akan menjadi satu titik permulaan bagi sekolah ini menuju ke arah teknologi masa hadapan.Segala maklumat dan aktiviti terkini boleh anda ikuti sepanjang sesi persekolahan.Saya mewakili guru-guru lelaki di sekolah ini amat berbangga dapat memberi pendapat dan menyalurkan maklumat khusus buat tatapan bekas pelajar, ibubapa dan individu lain yang berminat mengetahui tentang aktiviti2 di sekolah ini.Saya amat berharap 'anda di luar sana' dapat memberikan idea yang bernas kepada kami bagi meneruskan perjuangan menjadikan sekolah ini Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.( Foto di atas, kenangan bersama mantan Guru Besar, Ustazah Siti Marijah)



Aktiviti Mendaki
Ini adalah cabaran pemimpin muda yang diadakan di Impian Country Resort, Hulu Langat.Selama 3 hari 2 malam Mereka membentuk jati diri dan semangat berpasukan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Saya sempat merakamkan foto mereka pada sabtu 30 Januari 2011.Masa tu, baru lepas hujan.Mereka bersiap sedia untuk melakukan cabaran 'Jungle Tracking'. Alhamdulillah, akhirnya mereka tiba dengan selamat.Syabas anak didik sekalian.Dengarnya,selepas ini guru-guru pula yang akan mengikuti kursus seperti ini.Harap-harap takde lah guru2 yang beri alasan tak boleh pergi.Hidup biarlah berani.Terima kasih buat Ustaz Nizam dan Ustaz Fakhrul yang bertungkus lumus berada di sana bagi mengawal selia anak didik kita.Terima kasih kepada Persatuan Ibubapa dan Guru yang banyak membantu.Tidak dilupakan para petugas yang setiasa bersama peserta  dan fasilitator yang banyak membantu.Guru Lelaki Power!.
 
Kemalangan yang berlaku 2 minggu yang lalu.Mungkin boleh dijadikan pengajaran bagi kita semua.Sebetulnya, simpang di hadapan balai polis ini tidak boleh digunakan untuk membuat pusingan U atau belok ke kanan.Ia hanya dikhaskan kepada kenderaan polis sahaja.Rasanya papan tanda amaran telah pun ada cumanya kita alpa sedikit ttg perkara ini.Kami memohon jasa baik ibu bapa dan guru yang menggunakan simpang ini agar dapat membuat pusingan U di tempat yang sesuai.Sebagai contoh di simpang U berhampiran kilang slumberland.Walaupun jauh sedikit ia menjamin keselamatan kita. 


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.Inilah kontijen guru-guru agama yang disertai kebanyakannya oleh guru besar, ketua guru dan penolong kanan.Seawal jam 7.00 pagi kami berarak dari Stadium Mini S.Alam ke Stadium Melawati yang jaraknya lebih kurang 1.8 km.

Walaupun jauh, kami tak rasa kepenatannya kerana seronok berarak bersama-sama rakan -rakan seperjuangan.Ini kali kedua guru-guru lelaki terlibat dalam perbarisan Maulidur Rasul, sayangnya kali ini hanya disertai sebahagian sahaja.Moga tahun hadapan kami dapat menyertai bersama2 guru SRAI BBB yang lain.
Gambar kenangan ini diambil sebelum perbarisan bermula.Antara yang ada di situ ialah Ustaz Jamaluddin Kassim,Azman Lana,Suhaimi,Zulkifli,Nazrul,Azahari,Nizam,Makturidi,Azaharin,Talib,Jamaluddin Sihab,Solihin dan ramai lagi...